Kenalpasti major trend untuk membeli sesuatu saham

Tidak kira teknik apa sekalipun anda wajib untuk kenalpasti major trend (trend utama) sebelum mula membuat keputusan untuk membeli sesuatu saham.
Breakout merupakan satu satunya signal yang perlu anda kenalpasti sebelum anda membuat analisis selanjutnya. Teknik breakout ini sangat digemari oleh mereka yang suka berkawan dengan trend (ride the trend).
Pakar saham juga ada mengatakan anda perlu berkawan dengan trend sehingga trend patah atau terdapat bukti bahawa perubahan trend telah berlaku. Tak ada siapa akan tahu berapa tinggi pasaran confirm akan pergi. Oleh itu, perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan membuat trailing stop. Ramai trader yang kononnya cakap nak follow trend tapi tidak tahan bila tengok untung mula naik. Maka ada perasaan takut kehilangan untung tersebut menyebabkan mereka menjualnya walaupun tidak mempunyai sebarang petanda sell signal. Dan akhirnya, untung tidak seberapa berbanding risiko yang diambil.

>>>> Sertai Grup T.me/screenersaham

Leave a Comment